JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Dato M. Daud Kilau Meninggal Dunia


PENYANYI Datuk M Daud Kilau
meninggal dunia pada pukul 4.46 petang
di Hospital Teluk Intan, Perak pada lsnin.

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya
iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52, yang
memaklumkan keadaan kesihatan
bapanya itu tidak stabil sejak
dimasukkan ke hospital pada 12
Disember lalu.

"Ayah saya memang ada pernyakit
diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia
dimasukkan ke hospital baru-baru ini
sebab kesihatannya tidak stabil.

"Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin
teruk dan asyik meracau. Masalah
kencing manis juga semakin merebak"
katanya ketika dihubungi m Star.
Tambah Zaini, doktor sepatutnya mahu
melakukan pembedahan memotong
kedua-dua kaki namun tidak dapat
dilakukan kerana tekanan darah tidak
stabil.

"Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong
kedua-dua belah kaki sebab masalah
diabetes. Tapi apabila doktor bius
periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab
tekanan darah tidak stabil.

"Ini kali ketiga pembedahan
ditangguhkan sebab masalah sama,"
ujarnya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh,
Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor,
Selasa.

Sumber: mstar online